Sunday, April 28, 2019

Aktiviti Pelajar

Lawatan Sambil Belajar ke Industri dan NGO di Salak Tinggi

Pada 27 April 2019, seramai 19 orang pelajar telah menyertai lawatan ke Pusat Rawatan Kecil Darussyifa Salak Tinggi dan KMS Wellness Centre di Taman Seroja, Salak Tinggi. Kami berkumpul pada jam 9.00 pagi sebelum diberikan sedikit taklimat dah dipecahkan kepada dua kumpulan. Pada jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi, satu kumpulan telah didedahkan dengan pengalaman rawatan dan rawatan secara live oleh Dr Salam ke atas pesakit yang biasa dirawat di darussyifa. Seterusnya, satu kumpulan lagi diberi taklimat dan demo tentang kebaikan air kangen yang merupakan air yang mempunyai banyak khasiat dan kebaikan dan mampu merawat penyakit dalaman dan luaran.
Lawatan diakhiri pada jam 2.00 petang.



Talk and Demo di KMS Wellness Centre




Lawatan dan Taklimat di Pusat Rawatan Kecil Darussyifa Salak Tinggi


Perkongsian dan Sesi Soal Jawab diantara pelajar dan pesakit yang membincangkan tentang tanda tanda yang dialami dan cara rawatan yang dilakukan ke atas pesakit.




Penerangan yang terperinci daripada Encik Syafiq tentang kelebihan Air Kangen yang patut diamalkan oleh semua golongan masyarakat.


Wednesday, April 24, 2019

Cara Mengesan Kehadiran Jin Dalam Badan

Apa itu jin? Jin menurut bahasa Arab berasal dari kata ijtinan, yang membawa maksud sesuatu “tersembunyi” atau “tidak terlihat”. Dalam Islam dan mitologi Arab pra-Islam, jin adalah salah satu bangsa mahkluk yang tidak terlihat dan diciptakan dari api. Ia dinamakan sebagai jin, kerana ia tersembunyi wujudnya dari pandangan mata manusia.
Itulah sebabnya jin dalam wujud aslinya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Kalau adapun manusia yang dapat melihat jin, maka jin yang dilihatnya itu adalah jin yang sedang menjelma dalam wujud makhluk yang dapat dilihat mata manusia biasa.
Tanpa kita sedari, jin dapat masuk ke dalam tubuh manusia dan menetap di dalamnya. Mereka mengalir bersama aliran darah atau tinggal di kuku manusia yang panjang dan kotor. Biasanya jin akan merasuki manusia yang imannya lemah. Justeru itu, bagaimanakah caranya untuk mengesan kehadiran jin dalm tubuh badan kita?
Sebenarnya, terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk mengesan adakah dalam badan kita benar-benar ada gangguan jin, ataupun sebaliknya. Jadi, dalam artikel kali ini, kisahseram.com akan kongsikan dengan anda kaedahnya. Dalam menjayakan kaedah ini, ada tiga langkah yang perlu dilakukan. Langkah-langkah tersebut dinyatakan di bawah.
Langkah 1: Mendengar Bacaan Ruqyah
Di bawah ini ada disertakan video bacaan ruqyah yang telah dikongsikan oleh CahayaIslam.net. Apa yang anda kena buat dengan video di bawah? Mudah saja caranya. Anda hanya perlu mainkan bacaan ayat ruqyah di bawah. Kemudian anda dengarlah sehingga habis. Pastikan anda dengar bacaan tersebut dengan menggunakan earphone dan bacaan yang kuat.
Langkah 2: Dengar Bacaan Ruqyah Dengan Teliti
Pejamkan mata anda dan dengar dengan teliti bacaan ruqyah tersebut. Tapi pastikan anda jangan ikut bacaan ayat-ayat ruqyah ini baik di mulut ataupun di dalam hati.
Langkah 3: Perhatikan Tindakbalas Yang Berlaku
Selepas anda selesai mendengar bacaan ruqyah, cuba perhatikan sebarang tindakbalas yang berlaku pada diri anda. Jika anda mengalami gejala-gejala seperti di bawah, pastikan anda terus berjumpa dengan mana-mana perawat Islam untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Antara gejala tersebut adalah:
  1. Batuk
  2. Berpeluh-peluh
  3. Terasa nak muntah
  4. Jantung berdegup dengan laju
  5. Berdebar-debar
  6. Terasa benda bergerak di bawah kulit
  7. Sendawa
  8. Mengantuk
  9. Pening kepala
  10. Menguap
Jika anda mengalami gejala-gejala di atas, ini menunjukkan bahawa memang ada makhluk dari kalangan jin yang tinggal di dalam badan anda. Maka di sini, kisahseram.com menasihatkan anda agar segera mendapatkan rawatan. Bimbang jika dibiarkan, ianya akan menjadi lebih sukar untuk dirawat.
Anda dapat sesuatu? Jika jawapan anda adalah ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Semoga bermanfaat.
Sumber : perawatislam.com

Tuesday, April 23, 2019

40 TANDA TANDA GANGGUAN SIHIR & JIN dalam Tubuh Kita. 

Tolong diperhatikan, jika ada lebih dari 7 point yang teridentifikasi dengan yakin artinya antum harus mulai melakukan ruqyah mandiri atau minta diruqyah.
A. TANDA-TANDA PADA TUBUH FISIK & PSIKIS
1. Sering merasa was-was dan ketakutan tanpa sebab yang jelas.
2. Suka marah-marah dengan kadar emosi tidak terkendali.
3. Dorongan kuat untuk melakukan perbuatan maksiat.
4. Merasa lesu dan malas untuk beribadah.
5. Sulit khusyuk dalam mengerjakan sholat, (susah mengingat rakaat yang sudah dikerjakan).
6. Suka menghayal, melamun, menyendiri dan mengurung diri secara berlebihan.
7. Sering pusing, dan merasa sakit pada kedua mata, telinga, hidung, bahu dan belikat, gigi, tenggorokan atau lambung tanpa sebab yang jelas.
8. Selalu berpaling dari dzikir mengingat Allah dan memandang remeh kegiatan ibadah sholat dan amal kebaikan lainnya.
9. Pikiran selalu linglung, merasa sedih, jantung berdebar-debar keras.
10. Sering kesurupan baik separuh ingatan atau secara total.
11. Sering mendengar bisikan memanggil namanya atau menyuruh sesuatu kejahatan semisal mencekik anak sendiri bahkan menyuruh bunuh diri.
12. Merasa ada yang mengikuti, mengejar dan mengancam akan membunuh.
13. Merasa ada yang mengajak bicara, mendengar bisikan untuk melakukan sesuatu, membunuh, memperkosa, memukul, meloncat dari tempat yang tinggi, terjun kesungai atau jurang, menabrakan diri ke kereta api atau kendaraan lain.
14. Sering mencium bau –bauan wangi kembang atau dupa, bau anyir atau busuk yang tidak terlihat sumber baunya.
15. Melihat benda benda seakan bergerak, berputar, terbalik , miring dan lain sebagainya.
16. Melakukan tindakan tindakan aneh tanpa disadari.
17. Tiba tiba dapat meramal, menerawang, membaca fikiran orang lain atau mengetahui apa yang akan terjadi.
18. Cemas dan paranoid (takut yang berlebihan).
19. Melihat penampakan mahluk halus atau merasakan keberadaan mahluk halus.
20. Rasa sakit disalah satu anggota badan namun setelah diperiksa secara medis tidak ditemukan adanya kelainan atau dokter tidak sanggup mengobati penyakit tersebut.
B. TANDA-TANDA WAKTU TIDUR
1. Susah tidur, Selalu cemas dan sering terbangun dimalam hari, kecuali setelah berupaya dengan susah payah.
2. Susah bangun dan banyak tidur sehingga tidak bisa melakukan ibadah yang diinginkan.
3. Mimpi buruk melihat sesuatu yang mengancam dan menakutkan , ingin berteriak minta tolong namun tidak bisa.
4. Mimpi melihat berbagai binatang seperti ular, ulat, anjing, tikus, onta, kuda, monyet, serigala, harimau dan binatang lain yang menakutkan.
5. Tertawa, menangis, berteriak, mengomel atau merintih pada saat tidur.
6. Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat yang tinggi dan semua yang berkaitan dengan tempat tinggi; seperti mendaki tempat yang tinggi.
7. Berdiri dan berjalan pada waktu tidur tanpa disadari.
8. Mimpi berada dalam lingkungan pemakaman, didalam kuburan, tempat sampah atau jalan dan lingkungan yang seram dan mengerikan.
9. Mimpi melihat orang yang aneh seperti tinggi sekali, pendek sekali, putih sekali atau hitam sekali.
10. Mendengkur dengan keras (seperti harimau, dsb), mimpi-mimpi yang seram dan mengerikan.
11. Mimpi bertemu dengan orang yang sama (laki/perempuan) berkali-kali dan ingin bertemu dengan orang yang dimimpikan itu.
12. Mimpi seakan akan dihimpit benda yang berat dan sulit untuk melepaskan diri dari himpitan tersebut.
13. Mimpi melihat atau bertemu keluarga yang sudah meninggal, melihat mayat, mimpi mati, mimpi berbicara dengan orang yang mati dan semua mimpi yang berhubungan dengan kematian.
14. Mimpi berada di masa atau abad yang lampau.
15. Mimpi melihat suatu peristiwa dan keesokan harinya mengalami peristiwa persis seperti yang dialami dalam mimpi tersebut.
C. 5 KEJAHATAN BARU
1. Gejala Tipes,
tubuh seperti terbakar atau terpanggang api panas namun ketika di ceck temperatur tubuh normal.
2. Membuat Kecelakaan.
untuk mensukseskan keinginannya, kadang jin melakukan segala cara termasuk membuat orang ngantuk dijalan atau bahkan menggerakan tangan manusia yang dirasukinya hingga terjadi kecelakaan.
3. Impotensi,
Jin kadang bersarang dikemaluan laki-laki dan membuat fikiran manusia kotor saat melihat lawan jenisnya. Memunculkan semua sifat jelek hingga ia menjadi sampah masyarakat.
4. Mengganggu rahim dengan penyakit kista/mium.
5. Sindikat kristenisasi ghaib terstruktur dan terorganisir [ditemukan pertama kali dipalembang].
Sumber:
Materi Pelatihan QHT ust Perdana Akhmad, dan analisa dilapangan. Semoga menjadi referensi bagi para praktisi ruqyah sebagai bahan pertimbangan untuk pergi ke dokter atau peruqyah.
Salam Tauhid.
Nuruddin Al Indunissy

Tanda-tanda Gangguan Jin di Rumah & Kedai

Tanda-tanda Gangguan Jin di Rumah & Kedai

  1. Bila bangun tidur badan akan terasa bisa-bisa
  2. Terlalu Sukar Untuk Bangun Waktu Subuh
  3. Malas Tahap Gaban Bila Ada Di Rumah
  4. Membiarkan rumah kotor, berselerak & tidak Berkemas
  5. Sering berlakunya pertengkaran meskipun dalam hal yang remeh-temeh
  6. Sering bau busuk tetapi tidak tahu punca bau tersebut
  7. Masakan & Makanan cepat basi tanpa sebab
  8. Tidak boleh tidur malam.Masuk waktu subuh baru boleh tidur
  9. Kedai dipandang suram dan menakutkan
  10. Kedai sunyi tiada pelanggan meskipun sebelum itu riuh rendah
  11. Kedai dikatakan tutup walhal buka
  12. Pelanggan sentiasa batalkan order meskipun pada asalnya dan sedia nak beli
  13. Bila bincang dengan pelanggan rasa nak marah
  14. Duit kerap hilang di rumah / di kedai
  15. Bunyi seolah-olah orang bermain guli di atas bumbung
  16. Kedengaran bunyi pasir di tabur atas bumbung

Gangguan Jin Punca Kedai Tak Nampak?

Kebanyakan pesakit yang jumpa saya mengadu hal kedai mereka tidak nampak atau dikatakan tutup walhal buka sejak dari pagi bukan yang niaga juta-juta tapi kebanyakannya yang niaga runcit, warung makan dan tak kurang juga yang niaga pasar malam.
Perangai orang melayu yang suka dengki tak habis-habis tidak dikenal pasti apa sebabnya.Jika tanya kepada saya, sebabnya orang melayu ni banyak saka keturunan. Dalam diri mereka rasa seronok bila dapat dengki orang lain dengan cara sihir. Untuk hadapi masalah ini anda perlu banyak bersabar dan tenang bila menerima ujian ini.
Anda boleh asapkan rumah atau kedai pada waktu senja sebelum maghrib atau pada bila-bila masa. Jika anda ada kedai, anda boleh asapkan kedai sebelum buka kedai. Semasa kedai dibuka, anda boleh asapkan kedai sedikit demi sedikit.
Anda asapkan di area kaunter bayaran, selalunya ada di situ.Paling baik anda asapkan keseluruhan rumah jika rumah yang bermasalah. Jika kedai, maka keseluruhan kedailah..
Ruang luar tidak perlu diasapkan sebab bila ruang dalam telah diasapkan, maka ia juga meliputi ruang luar juga.
Anda juga boleh azankan rumah atau kedai sebelum diasapkan dengan gaharu. Cara ini adalah untuk kita memecahkan perisai yang digunakan oleh jin dan iblis.
Ada sesetengah kes, sudah berulang-ulang kali asapkan rumah, tetapi tetap tidak memberi kesan. Ini disebabkan jin tersebut berpengalaman dan ada memakai ‘perisai’ tersendiri. Bila kita azankan rumah, maka perisai ini akan pecah. Bila dah pecah maka barulah anda asapkan rumah atau kedai anda.
Ada juga kes pesakit saya yang menghadapi masalah arang yang dibakar atas tungku dapur tidak terbakar! Dia kata dah setengah jam ustaz! Arang tak jadi bara!… Untuk kes yang macam ini, anda digalakkan azan dahulu beberapa kali kemudian bakar semula arang tersebut….inshaAllah akan terbakar.
Sumber : https://bidaraspecialist.com/tanda-tanda-sihir/?gclid=Cj0KCQjwg73kBRDVARIsAF-kEH81BHK_Bmqed936IWH-IG79lTADjFzmL9hHDCM4T-a58CYvjdk1tx0aAqcVEALw_wcB

Saturday, April 20, 2019

Aktiviti Pelajar

Khidmat Komuniti di Pusat Perubatan Qalam Laduni






Pada 20 April 2019, kami telah berpeluang untuk menyertai khidmat komuniti di Pusat Perubatan Qalam Laduni. Aktiviti dimulakan pada jam 10 pagi iaitu dengan mengadakan perbincangan dua hala diantara pelajar bersama dengan Ustaz Syeikh. Pusat Perubatan Qalam Laduni menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan rawatan menggunakan gabungan tiga elemen iaitu Islam, tradisional dan moden. Kaedah yang diasaskan oleh Ustaz Sheikh adalah hasil kajian beliau bersumberkan Al-Quran. Kami telah didedahkan dengan cara rawatan urutan yang biasa dilakukan Ustaz kepada pesakit. Kami juga telah berpeluang melawat wad yang menempatkan kira kira 20 orang pesakit lelaki dan perempuan yang kebanyakannya merupakan warga emas yang mengalami strok dan tidak mampu bergerak sendiri. Pesakit ini akan meneriwa rawatan dengan cara terapi yang dibantu oleh kakitangan di pusat ini pada setiap hari. Hasil daripada temubual dengan salah seorang pesakit wanita, beliau berkongsi cerita tentang penyakit strok yang telah beliau hadapi selama  hampir 3 tahun . Hasil rawatan dan terapi di pusat ini memberikan kesan yang positif kepada beliau kerana pada awalnya beliau hanya mampu terlantar di atas katil. Namun, kini keadaanya semakin baik dan mempunyai banyak perubahan sehinggakan beliau kini mampu untuk duduk. Aktiviti khidmat komuniti berakhir pada jam 12.45 tengahari.

Tuesday, April 16, 2019

Penerangan tentang daun bidara




Antara khasiat daun bidara ialah

Pokok Bidara atau nama saintifiknya, Z. mauritiana, merupakan sejenis pokok renek malar hijau yang tumbuh dengan ketinggian sehingga 15 meter, dengan batang berdiameter 40 cm atau lebih, rimbun daunnya, berduri dan dahan yang rendang, bewarna hijau gelap, berkilat di sebelah atas dan hijau-pucat hingga hijau-kelabu di bahagian bawah, bergantung kepada iklim.

Pokok bidara cepat tumbuh dan mula menghasilkan buahnya dalam tempoh tiga tahun. Buahnya lembut, berair dan berbiji. Buahnya masak pada masa berlainan, walaupun pada pokok yang sama.

Daripada kajian-kajian makmal seluruh dunia yang telah dilakukan ke atas setiap bahagian pokok ini, terbukti banyak kebaikan dan penawar (medicinal properties) di dalam daun, buah, biji, kulit sehinggalah ke akar pokok Bidara. 

Hasil Kajian dari Jodhpur National University, Bidara mengandungi;

  • Antioksidan - flavanoid, phenolic compounds, tannin dan saponin.
  • Alkaloids (termasuk protopine iaitu anti-histamine semulajadi dan analgesic semulajadi), glycosides, triterpenoids, berberine (anti-kulat semulajadi) .
  • Vitamin C, B1, B2, B3 (meningkatkan HDL).
  • Mengandungi Carotene, Kalsium, besi, fosfurus Citric acid, oleic acid, malic acid, oxalic acid, linoleic acid dan lain-lain.

Sifat-sifat perubatan Enzim-enzim antioksidan mengurangkan atau melawan unsur-unsur yang menyebabkan kerosakan pada hati seperti hepatotoxin (bahan kimia yang merosakkan hati).

Hepatotoxin banyak terdapat dalam ubat-ubatan kimia dan alkohol. Berkesan melawan oxidative stres yang menyebabkan sel-sel rosak dan menjadi kanser. Mengandungi aktiviti antimicrobial iaitu tindakbalas yang melawan virus, bakteria dan kulat.

Mengandungi aktiviti hyperglycaemic atau antidiabetic (yang mengawal lebihan gula dalam darah) dalam ekstrak daun dan biji. Mengandungi aktiviti immunomodulatory (yang berkesan positif pada sistem imune tubuh).

Mengandungi aktiviti antimicrobial (merencat pertumbuhan organisma yang menyebabkan penyakit atau pathogen) dan Anti radang (Anti-inflammatory).

Ekstrak bijinya merencatkan ketumbuhan sel HL-60 (sel lukemia). Ekstrak daunnya bertindak ke atas bakteria seperti S. pyogenes dan E. coli Tiada sebarang racun atau contraindication yang diketahui pada mana-mana bahagian pokok ini.

Khasiat pohon bidara;
  • Daun - penyakit-penyakit hati yang kronik termasuk busung (ascites), hepatitis dan kanser hati, demam, lelah, cirit-birit, luka dan luka yang bernanah, radang dan bengkak, radang tonsil yang kronik, gonorhea, peluh berlebihan, radang mata (conjunctivitis), masalah kitaran haid.
  • Buah - masalah paru-paru, demam, masalah hati, masalah penghadaman. Biji - loya dan muntah, radang sendi, cirit-birit.
  • Bunga - losyen untuk mata . Kulit - cirit-birit, radang usus (dysentery), radang gusi (gingivitis).
  • Akar - gout, radang sendi, luka, menurunkan kadar histamin dalam tubuh, sawan.

[PENTING]: TANDA-TANDA GANGGUAN JIN SYAITAN DAN SIHIR DI DALAM BADAN, DI DALAM RUMAH DAN PREMIS PERNIAGAAN!

Jika anda ada mengalami sekurang-kurangnya TIGA (3) simptom yang disenaraikan di bawah,
segeralah berjumpa dengan Perawat Islam yang
diyakini untuk mendapatkan rawatan. 

Gangguan Jin dan Syaiton yang berterusan boleh membawa kepada berbagai gejala Penyakit dan Masalah yang lebih serius, kronik dan
sukar untuk disembuhkan. Wallahua'lam.
Berikut adalah antara simptom-simptom yang menunjukkan
seseorang itu telah terkena atau adanya gangguan Jin dan
Syaiton (angkara Sihir, Saka, Lintasan atau A'in):
1. Badan terasa berat / lemah / panas / sejuk tanpa
sebab munasabah
2. Badan terasa bisa-bisa / gatal / miang tanpa sebab
klinikal
3. Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal
4. Bau nafas yang terlalu busuk
5. Bau wangian / busuk / hanyir / hangit yang tidak
diketahui puncanya
6. Bayi kerap menangis
7. Belakang tengkuk / bahu terasa berat
8. Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya tanpa
sebab munasabah
9. Bermimpi bayi / kanak-kanak
10. Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi
11. Bunyi perabot / benda berat / tukul besi diseret /
dihempas di rumah atas (flat, apartment, condo)
12.. Bunyi guli / bola ping-pong / menumbuk dengan lesung di
rumah atas (flat, apartment, condo)
13. Bunyi orang berjalan di dalam / tingkat atas rumah
14. Bunyi pasir jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
15. Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
16. Darah haid turun lebih dari 15 hari
17. Gagal melakukan hubungan kelamin tanpa sebab
munasabah
18. Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran
19. Hujung jari kaki / tangan sering terasa menyucuk / kebas
20. Kaki
atau tangan berasa berat
21. Kaki, tangan atau anggota badan lain terasa panas
22. Kemurungan yang berpanjangan
23. Kerap berdebar / takut / gagap / sesak nafas
24. Kerap keguguran
25. Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran
26. Ketumbuhan ganjil pada anggota badan
27. Kuat berangan / berkhayal / hilang daya tumpuan
28. Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya
29. Loya / sebu perut tanpa sebab klinikal
30. Malas mengerjakan Solat dan beribadat
31. Marah secara keterlaluan / panas baran
32. Melihat lembaga / jin / hantu secara terus
33. Mendengar suara berbisik / menyergah / memanggil nama
34. Mengantuk bila dengar Al-Quran
35. Mengunyah gigi sewaktu tidur
36. Mimpi jatuh dari tempat tinggi, melayang atau terbang
37. Mimpi makan
38. Mimpi ular, kelawar, lembu, anjing, serigala, gajah,
harimau dan binatang buas
39. Mimpi apa jua yang menakutkan
40. Mimpi serangga berbisa seperti lipan, kala jengking,
labah-labah dan sebagainya
41. Mimpi tempat yang kotor; seperti tandas, longkang dan
sebagainya
42. Nafsu seks yang melampau / tidak normal
43. Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik /
premis perniagaan
44. Pelupa / Nyanyuk tanpa sebab klinikal
45. Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya
46. Ragu-ragu tentang keimanan diri / ingin murtad
47. Sakit / takut ketika ziarah orang meninggal
48. Sakit bebola mata
49. Sakit di bahagian ulu hati, tulang rusuk, pinggang atau
belikat tanpa sebab klinikal
50. Sakit jiwa / mental / gila
51. Sakit kepala, dada, tangan atau kaki selepas waktu Asar
ke atas
52. Sakit perut tanpa sebab klinikal
53. Sakit tapak kaki / tumit yang berpanjangan
54. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali
55. Selalu ditindih / dicekik ketika tidur
56. Selalu melihat kelibat / bayangan di rumah
57. Sering kehilangan wang secara tiba-tiba
58. Sering pengsan tanpa sebab klinikal
59. Sering terjaga di waktu malam / tengah malam
60. Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur
61. Sikap berubah secara tiba-tiba (kepada yang negatif)
62. Suami isteri / penghuni rumah / pekerja kerap bertengkar
walaupun perkara kecil
63. Suka bangun tidur selepas tengahari
64. Suka bercakap besar, takbur, riak dan bangga-diri
65. Suka bercakap seorang diri tanpa sebab munasabah
66. Suka berbuat maksiat
67. Suka melihat diri di dalam cermin
68. Suka menggulung rambut dengan jari
69. Suka mengingati / bercakap tentang perkara-perkara
lucah
70. Suka tidur di dalam keadaan berbogel dan meniarap
71. Suka melakukan onani / gemar pada pakaian dalam orang
lain
72. Suka tidur pada siang hari
73. Sukar mendapat jodoh
74. Sukar mendapat zuriat
75. Sukar tidur malam
76. Tanda lebam pada anggota badan
77. Terasa ada lembaga tidur bersama / bersetubuh /
menganggu / berdialog ketika tidur
78. Terasa benda bergerak-gerak di bawah kulit
79. Terasa diri selalu diperhatikan / diekori
80. Terlalu rasa rendah diri / tidak berkeyakinan / hilang
semangat
81. Terasa bahu ditepuk dari belakang
82. Terasa terkena renjisan air
83. Udara di dalam rumah / premis perniagaan berasa
mampat
dan sebagainya lagi...
PENTING: Jika anda ada mengalami sekurang-
kurangnya TIGA (3) simptom yang disenaraikan di atas,
segeralah berjumpa dengan Perawat Islam yang
diyakiniuntuk mendapatkan rawatan. Gangguan Jin dan
Syaiton yang berterusan boleh membawa kepada berbagai
gejala Penyakit dan Masalah yang lebih serius, kronik dan
sukar untuk disembuhkan. Wallahua'lam.
# Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. #
Sebelum berubat dengan menggunakan kaedah yang disarankan Nabi Muhammad S.A.W, tingkatkanlah rasa berserah diri pada Allah. YAKINLAH ALLAH SATU-SATUNYA PENYEMBUH DAN SEMUA YANG DATANG DARI NABI PASTI BENAR.Kemudian yakinlah Allah itu dekat,malah lebih dekat daripada urat leher kita. ALLAH SENTIASA MEMERHATIKAN KITA DAN MENGETAHUI KEMAMPUAN KITA.Kasihnya kepada kita lebih daripada kasih sayang ibu bapa kita sendiri.

Friday, April 12, 2019


Tanda-Tanda Gangguan Makhluk Halus

Umumnya gangguan makhluk halus boleh terjadi keatas sesiapa sahaja dengan izin Allah. Kesemua jenis gangguan yang melibatkan jin sama ada berbentuk perlakuan sihir mahupun tindakan jin yang sengaja dilakukan keatas manusia dikategorikan sebagai gangguan makhluk halus kerana simptom atau tanda-tanda yang terdapat pada pesakit tersebut biasanya sama. Antara tanda-tanda penyakit gangguan makhluk halus adalah seperti berikut:-

1. Perasaan takut tanpa sebab-sebab yang dapat dipastikan. Perasaan takut kadangkala merasa seolah-olah diri diperhatikan dari satu arah tentu.
2. Perasaan takut pada masa-masa tertentu terutamanya pada waktu malam bermula selepas maghrib sehingga tengah malam. Sesetengah pesakit mula merasa sejuk pada kedua-dua tangan dan kaki setiap kali waktu malam.

3. Seringkali mendengar bisikan-bisikan tertentu.

4. Sukar tidur malam. Sebahagian pesakit tidak merasa mengantuk, sebagian pesakit meras mengantuk bersangatan namun tidak mampu tidur. Terdapat juga pesakit yang tertidur tetapi tidak dapat melelapkan mata disebabkan seringkali dikejutkan dengan mimpi-mimpi yang menakutkan. Malah sesetengah pesakit tidak dapat tidur disebabkan terasa diri dikejutkan seseorang sedangkan perkara tersebut tidak berlaku.

5. Seringkali dihimpit setiap kali tidur berseorangan.

6. Mimpi yang menakutkan seperti melihat haiwan berbisa (ular) haiwan ganas (harimau, buaya dsb) Biasanya haiwan-haiwan ini berwarna gelap/hitam.

7. Bermimpi orang yang telah meninggal dunia atau bermimpi seolah-olah diri akan mati/berada dalam kubur.

8. Bermimpi jatuh ditempat yang tinggi

9. Bermimpi menyusukan bayi/anak kecil

10. Bermimpi mendapat amalan tertentu dari sumber yang tidak dapat dipastikan

11. Bermimpi melakukan pekerjaan tertentu sehingga kepenatan melakukan kerja tersebut dapat dirasakan sebaik sahaja bangun tidur.

12. Fikiran sentiasa runsing tanpa dapat dikawal
13. Seringkali terlihat kelibat tertentu dan halusinasi.

14. Seringkali lupa atau merasa malas untuk mengerjakan solat dan kewajipan agama

15. Berasa was-was ketika solat atau berwudhuk

16. Merasa marah tanpa sebab-sebab yang munasabah.

17. Jantung sentiasa berdebar-debar tanpa sebab.

18. Merasa benci kepada suami atau isteri serta merasa marah bersangatan tanpa sebab atau disebabkan perkara yang kecil.

19. Melihat wajah suami atau wajah isteri seolah-olah hodoh.

20. Tiada bernafsu setiap kali ingin bersama isteri atau suami.

21. Seringkali terhidu bau wangi atau busuk.

22. Merasa sakit-sakit dibahagian tertentu seperti sendi dan dibahagian belakang badan.

23. Terdapat bonjolan yang menyakitkan dan kadangkala bonjolan ini berubah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Rawatan dengan ayat-ayat al-Quran keatas pesakit ini biasanya akan menimbulkan riaksi berikut:-

1. Kepala atau tangan pesakit akan menggeletar dan menggigil.

2. Mata pesakit mula melilau

3. Pesakit menjerit dan meronta sedangkan perawat hanya memegang dan membacakan ayat al-Quran.

4. Pesakit meracau dan dialog mula berlaku.

5. Pesakit pengsan.

Terdapat juga kes gangguan dimana pesakit tidak menunjukkan tanda diatas ketika proses rawatan dijalankan. Ini bukanlah kerana perawat tidak mampu untuk merawat pesakit. Tetapi ia adalah disebabkan jin yang ada dalam diri pesakit telah lama melakukan tugas jahatnya. Sekiranya ini berlaku, perawat hendaklah istighfar dan berserah kepada Allah dengan membekalkan air doa untuk diminum dan dimandi. Insyaallah pesakit akan sembuh pada rawatan yang akan datang. Perlu diingat, tugas perawat Darussyifa' hanyalah sebagai perawat dan bukan bersifat penyembuh. Jangan sekali-kali merasa takjub ketika merawat sekiranya dialog berlaku dan jangan pula merasa rendah diri sehingga merasakan diri tidak layak untuk merawat hanya kerana tiada respon diberikan pesakit gangguan ketika dirawat kerana sesungguhnya tipu daya jin dan syaitan amat licik sekali. Perawat dilarang sama-sekali mempercayai kata-kata jin ketika proses rawatan dijalankan. Jin akan cuba melaga-lagakan pesakit dengan sahabat handainya atau jirannya atau keluarganya dengan menyatakan dia dibuat oleh sipulan bin sipulan atau orang yang duduk berhadapan rumahnya atau sebagainya. Jin akan berusaha untuk melemahkan usaha perawat sama ada melalui memperleceh perawat, menahan sakit dengan tidak menunjukkan reaksi dan sebagainya dan kadangkala jin cuba sedaya upaya merosakkan ibadah perawat dengan menjerit setiap kali berjumpa perawat tentu dengan tujuan menimbulkan rasa ego, ujub dan riyak keatas diri perawat supaya merasakan dirinya seorang perawat yang bagus dan hebat. Inilah sifat jin yang harus diketahui semua perawat agar sentiasa berwaspada dan merendah diri agar segala usaha rawatan dinilai dengan ganjaran pahala disisi Allah S.W.T.

Para perawat Darussyifa' juga seringkali diingatkan agar tidak melakukan perbuatan kasar yang boleh menyakitkan fizikal pesakit. Jin adalah makhluk yang bersifat tidak berjirim seperti manusia. Oleh itu tindakan perawat yang merawat dengan memicit jari atau dibahagian tertentu, menunjal jari pada mata, menggunakan bahan untuk menekan mana-mana anggota pesakit adalah tindakan bodoh dan sia-sia kerana hanya akan mendatangkan sakit keatas fizikal pesakit serta tindakan ini amat dilarang keras oleh Darussyifa' Pusat serta mengingkari arahan Tuan Guru sendiri. Membaca dan memegang sudah cukup dan memadai untuk menyakitkan jin kerana jin sakit dengan bacaan atas izin Allah dan bukan dengan keganasan fizikal. Terdapat perawat yang cuba mempertahankan tindakannya dengan menyatakan dia hanya memicit dengan pelahan. Perlu dinyatakan ada perawat yang mulanya memicit dengan perlahan. Namun tindakan geram dan marah keatas jin yang degil tanpa disedari perawat berkenaan telah memicit jari pesakit dengan kuat sehingga mendatangkan kesan fizikal. Jauhilah perbuatan yang dilarang wahai para perawat semua.

Wallahua'lam


TANAMAN YANG DITAKUTI JIN DAN IBLIS


1.     KURMA AJWA
Buah ini sangat ditakuti oleh Iblis dan Jin hal ini sebagaimana dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim, diriwayatkan hadits dari Sahabat Sa’ad bin Abi Waqqash, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahwa beliau pernah bersabda:
“Barangsiapa mengambil tujuh butir kurma Ajwah pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun mahupun sihir” (HR Al-Bukhari no. 5769 dan Muslim no. 2047)
Lalu apakah yang membuat Buah kurma Ajwa dapat mengobati ilmu sihir?
Al-Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani mengutip perkataan imam Al-Khotobi tentang keistimewaan kurma ajwah yaitu:
“Kurma ajwah bermanfaat untuk mencegah racun dan sihir ini kerana berkatnya doa dari Rasulullah SAW terhadap Kurma madinah bukan karena zat kurma itu sendiri” (Fathul bari syarah al-bukhari oleh Al Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqolany X/239)
2.     DAUN BIDARA
Daun bidara, atau widara dengan nama latin Ziziphus mauritiana adalah sejenis pohon kecil penghasil buah yang tumbuh di daerah kering atau gurun, bidara bearasal dari kata sidrah yang artinya pohon bidara.
Dalam hal ini sidrah atau bidara sangat berhubungan dengan perjalanan Isra Mikraj nabi Muhammad saw. Lalu mengapa daun bidara termasuk makanan yang dapat mengobati ilmu sihir?
Mengenai hal ini Ibnu katsir menafsirkan Surat Al baqarah ayat 102 yang berkaitan fitnah syaitan terhadap nabi sulaiman, bahwa beliau menggunakan sihir bukan mukjizat dan meriwayatkan bahwa yang paling bermanfaat untuk menghilangkan pengaruh sihir adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan Allah SWT kepada Rasulnya, dan untuk menghilangkan hal itu dengan membaca Al-Muawwidzatain ayaitu dua surat pelindung (Al-falaq dan An Naas) serta ayat kursi karane ayat ayat ini dapat mengusir setan.
Lalu bagimana mengobati sihir dengan menggunakan daun bidara tersebut? Imam Al Qurtubi dari wahab yang mengatakan bahwa hendaknya diambil 7 helai daun bidara ditumbuk halus lalu dicampurkan air kemudian dibacakan ayat kursi lalu diminum kepada orang yang terkena sihir 3x teguk dan sisa airnya digunakan untuk mandi insya allah akan hilang kesan dari ilmu sihirnya dan diutamakan untuk membaca Al-Falaq, Annas serta ayat kursi karena ayat ayat tersebut dapat mengusir syaitan (tafsir ibnu katsir jilid 1 terjemahan singkat halaman 171)

3.     MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun adalah minyak yang keluar dari tanaman yang berkat, Sebagaimana Nabi bersabda:
“Makanlah minyak zaitun! Sesungguhnya ia diberkahi, berlauklah dengannya dan berminyaklah dengannya! Sesungguhnya ia keluar dari pohon yang diberkahi” (HR. Ahmad dan Tirmidzi)
Dalam hadits ini menjelaskan bahwa minyak zaitun dapat digunakan untuk mengolesi bagian tubuh yang dibutuhkan pada orang yang terkena sihir.

4.     BAMBU KUNING
Tanaman ini sangat tidak seperti buluh-buluh besar pada umumnya, buluh ini memiliki batang pohon yang lebih kecil dan warnanya kuning. Biasanya digunakan untuk pagar dipekarangan rumah.
Bambu ini termasuk tanaman langka, namun berkat rahmat Allah tanaman ini mampu menngkal dan mengusir syaitan dan sihir.
5.     KAKTUS
Tumbuhan berduri ini dapat menutralkan serangan sihir dan menarik rezeki.

6.     MAWAR MERAH
Bunga ini mampu menangkap tenaga negative yang dikirim ke rumah. Dan tenaga ini akan disalurkan oleh tanaman ke dalam tanah.

SUMBER: https://y15zr.org/2018/10/05/5-jenis-tanaman-yang-ditakuti-jn-dan-ibls-boleh-ditanam-disekitar-rumah/

Thursday, April 11, 2019

Alam ghaib

Assalamualaikum buat pembaca semua, pada hari ini saya akan berkongsi dengan kalian mengenai jin dan alam ghaib yang telah saya baca dalam sebuah artikel secara online. Berikut merupakan artikel yang dibaca:

SIRI MISTERI: Jin dan alam ghaib

Oleh Nasron Sira Rahim 
Lebih membimbangkan ialah serangan makhluk halus terbabit menyebabkan berlaku kecederaan, kesakitan dan gangguan yang tidak dapat dikesan atau dirawat melalui perubatan moden termasuk menggunakan ubatan atau rawatan hospital.
Bagaimanapun, berlaku gangguan dan penyakit mistik ini membuktikan bahawa di sebalik alam manusia yang amat nyata, wujud alam ghaib yang berpenghuni, malah mampu memberi kesan terhadap kehidupan manusia.
Pengasas Pusat Rawatan Islam Ashabul Yamin, Mohammad Shahrizal Husain, berkata kewujudan makhluk ghaib iaitu jin pada alam yang sama dengan manusia sememangnya tidak dapat dinafikan.
Malah, golongan jin turut pernah berjumpa Nabi Muhammad SAW meminta Baginda SAW mengajarkan mereka mengenai Islam seperti firman Allah SWT menerusi surah AlAhqaf, ayat ke-29 yang bermaksud: "Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): 'Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!' Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran."
Memudaratkan manusia
Beliau berkata, berbeza dengan kejadian manusia, hakikat jin terdiri daripada unsur halus menyebabkan ia boleh meresap masuk ke dalam tubuh manusia melalui anggota badan untuk menyerang atau memudaratkan manusia.
"Serangan jin menyebabkan penyakit atau gangguan kepada manusia kerana berlakunya kemasukan roh lain dalam tubuh manusia sehingga berlaku pertembungan antara dua roh dalam satu jasad. Keadaan ini ditakrifkan oleh ahli psikologi sebagai penyakit kerasukan.
Penyakit ini berbeza dengan penyakit zahir yang berpunca daripada kesan pemakanan atau virus yang menjangkiti tubuh seseorang serta boleh dirawat di klinik atau hospital," katanya.
Mohammad Shahrizal berkata, apabila jin masuk ke dalam tubuh manusia, tempat utama yang dituju ialah otak kerana jin dapat mengawal manusia dan mewujudkan rasa sakit ke seluruh anggota badan mangsa secara silih berganti.
"Bagaimanapun, gangguan jin ini boleh dirawat menggunakan kaedah rawatan menggunakan ayat suci al-Quran, zikrullah atau pun doa yang diajar Rasulullah SAW," katanya.
Beliau berkata, antara sebab berlaku serangan dan gangguan jin terhadap manusia ialah sikap jin yang sentiasa dengki kepada manusia, sikap manusia takbur dan lalai mengingati Allah SWT, selain manusia mengamalkan ilmu khurafat, ajaran songsang dan amalan yang bertentangan dengan syariat Islam.
Jatuh cinta pada manusia
"Ada juga gangguan berlaku disebabkan jin suka atau jatuh cinta kepada manusia, selain jin saka diwarisi secara sedar atau tidak melalui keturunan, ilmu yang dipelajari atau dengan memiliki senjata lama. Gangguan atau serangan jin terhadap manusia juga boleh berlaku apabila manusia secara tidak sengaja menzalimi jin seperti mencurah air panas kepada mereka atau membuang najis di rumah jin kerana manusia tidak boleh melihat jin," katanya.
Selain gangguan atas kehendak jin itu sendiri, terdapat juga gangguan atau serangan yang berlaku disebabkan jin itu diarahkan manusia dan dikenali sebagai sihir.
"Sihir boleh terjadi apabila berlakunya perjanjian dan persetujuan antara tukang sihir dan jin. Jin itu kemudian diarah supaya melaksanakan suruhan tukang sihir untuk mendatangkan mudarat kepada si pesakit. Ada beberapa jenis sihir antaranya pemisah, pengasih, khayalan atau pukau, makan atau santau, gila, kera sumbang, pendarahan, bisikan, sakit anggota badan atau sihir menghalang perkahwinan," katanya.
Tanda seseorang itu terkena gangguan jin antaranya semakin jauh daripada Allah SWT, sentiasa was-was dalam akidah dan ibadah, selalu lupa, khayal dan malas yang luar biasa, sering menangis tanpa sebab, suka muzik melalaikan, selalu sakit kepala, dada, tulang belakang dan sendi, terasa berat di bahu atau kepala dan terdapat kesan lebam ketika bangun tidur.
Pesakit juga selalu terasa seperti ada 'sesuatu' sering mengikut atau melihatnya, terdengar bisikan atau suara ghaib dan kerap bermimpi pelik seperti mimpi haiwan, tempat ibadat agama lain, kanak-kanak kecil, tempat kotor atau tanah perkuburan.
"Pesakit juga bermimpi ada seseorang ingin membunuhnya, mimpi jatuh dari tempat tinggi, jatuh dalam air atau api, berjalan atau bercakap ketika tidur atau berasa ditindih makhluk aneh ketika tidur," katanya.
Sakit itu ujian daripada Allah
Shahrizal berkata, tanda gangguan sihir pula antaranya terdapat kesan lebam dan gigitan di badan, tidak mampu bangun untuk menjalankan aktiviti harian, hilang keyakinan diri, wujud gangguan ketika beribadah, hubungan keluarga tiba-tiba dingin serta premis perniagaan tiada pelanggan.
"Sesungguhnya sakit itu adalah satu daripada ujian Allah SWT untuk menguji hamba-Nya; siapa daripada kalangan mereka yang sabar dan kufur namun Allah Maha Adil kerana di samping penyakit, diturunkan juga penawar dan penyembuhnya," katanya.
Beliau berkata, tiada keraguan lagi bahawa ayat suci al-Quran ialah penyembuh utama segala penyakit bagi umat Islam seperti firman Allah SWT menerusi ayat ke-82, surah al-Israk: "Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur daripada al-Quran ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua."

Tuesday, April 9, 2019

6 Jenis Punca Gangguan Jin dan Tanda Tandanya

Al-Qur'an memperakui adanya jin. Terangkum dalam golongan jin adalah iblis dan syaitan. Malah Al-Qur'an sendiri menyatakan Allah menjadikan jin lebih awal daripada Adam.

6 Punca Gangguan Jin

Gangguan jin terhadap manusia adalah suatu hakikat yang tidak dapat kita nafikan. Allah SWT menjadikan makhluk jin berkemampuan berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain dengan cepat kerana jasadnya yang halus.

Kerana itu, jin berupaya menyakiti dengan memasuki badan manusia melalui cara halus. Jin-jin ini Allah jadikan dalam pelbagai bentuk, ada yang besar, tinggi, rendah, kecil dan sebagainya.

Allah memberikan keupayaan kepada mereka untuk mengecilkan jasad mereka dan memasuki tubuh badan manusia.

Dalam sebuah hadis sahih daripada Safiyah r.a. dijelaskan bahawa Rasuallah SAW ada bersabda: "Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Apabila jin-jin ini memasuki badan manusia, ia selalunya berada di dalam otak dan di tulang belakang (spinal cord) berdekatan dengan urat saraf kita.

Melalui otak dan urat saraf, jin ini akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. Sebab itu kalau seseorang itu menghidap sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosi mereka terganggu.

Bila fikiran mereka terganggu, ia akan mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit tekanan jiwa atau "depression".

Selain itu, gangguan kepada urat saraf ini juga mengakibatkan rasa sakit kepada bahagian pinggang, otot, tengkuk, bahu, sendi-sendi, rahim, perut dan kadang kala mengganggu sistem pernafasan seseorang itu.

Berapa banyak jin berada di dalam badan pesakit terpulang kepada komplikasi dan jenis-jenis sihir yang ditujukan kepada pesakit.

Ada pesakit yang mempunyai lebih dari 80 jin dalam badan. Lebih banyak jin di dalam badan pesakit, maka lebih banyak komplikasi atau rasa sakit yang dirasai oleh pesakit itu.

Kebanyakan pesakit yang sakit akibat gangguan sihir mempunyai 5 hingga 20 jin dalam badan mereka.

Makin lama jin itu berada di dalam badan pesakit, mereka boleh beranak pinak dan jumlah dan bilangan akan bertambah.

Jenis-jenis atau Punca Penyakit

Terdapat 6 jenis punca gangguan jin yang dikenal pasti oleh penulis.

1. Gangguan jin akibat perbuatan sihir

Di sini makhluk jin memasuki badan manusia bertujuan untuk menyakitkan tubuh fizikal dan gangguan emosi dan mental seseorang.

Ilmu-ilmu sihir dan ilmu santau banyak menggunakan jin sebagai medium perantaraan diantara tukang-tukang sihir dan mangsa yang kena sihir.

Disini tukang sihir akan mengarahkan atau menyuruh jin-jin yang dibawah kuasa mereka untuk membawa benda-benda sihir atau racun-racun santau ke dalam badan pesakit bertujuan untuk menyakitkan seseorang itu.

2. Lemah Semangat

Gangguan jin keatas tubuh seseorang akibat kelemahan iman atau lemah ketahanan diri atau lemah semangat seseorang itu.

Roh yang sakit atau lemah akibat iman yang lemah kerana ingkar mengikut perintah Allah, atau banyak melakukan dosa dan maksiat, meninggalkan sembahyang, minum arak atau melakukan penzinaan, ini menyebabkan sesaorang itu senang untuk di dampingi oleh makhluk-makhluk halus.

Usia yang lanjut bukan faktor utama membolehkan makhluk-makhluk jin tersebut menyerang manusia kerana ketahanan diri yang sebenarnya terletak kepada kekuatan iman yang membentuk kekuatan roh.

Kekuatan inilah yang menjadi benteng utama bagi pertahanan diri kepada gangguan jin-jin dalam kehidupan seharian atau ketika sakaratul maut.

3. Belajar Tanpa Guru

Gangguan jin akibat amalan seseorang itu memuja jin-jin dengan sengaja atau pun tidak sengaja seperti dilakukan ketika membaca jampi, mentera atau serapah.

Mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin, seperti amalan kebatinan mempertahankan diri, ilmu kebal, susuk, ilmu yang berkaitan dengan permainan teater tradisional atau berubat dengan bomoh, pawang dan tukang ubat yang pada hakikatnya berdampingan dengan jin-jin atau roh-roh sesat.

4. Gangguan jin terhadap pesakit terencat akal semenjak lahir

Anak-anak yang mengalami penyakit terencat akal selalunya diganggu oleh makhluk halus. Ini disebabkan daya pertahanan mereka lemah kerana tidak kesempurnaan akal pemikiran mereka.

Disini jin dan syaitan mudah mengambil kesempatan untuk menguasai tubuh badan mereka.

5. Penyakit fizikal yang disebabkan oleh gangguan jin

Terdapat beberapa jenis penyakit fizikal seperti stroke (sakit angin ahmar), sakit buah pinggang (nephronic syndrome) dan penyakit SLE, sakit kanser seperti busong yang berpunca dari gangguan sejenis jin.

Punca penyakit-penyakit ini adalah kerana gangguan makhluk halus yang memasuki tubuh badan pesakit dan menyerang anggota-anggota badan yang tertentu seperti otak, buah pinggang, urat saraf dan sebagainya.

6. Saka

Saka ialah gangguan jin yang datang dari asalnya dibela oleh keturunan keluarga pesakit. Saka bererti salah seorang daripada keturunan teratas pesakit seperti datuk, nenek, ibu atau bapa yang mempunyai atau mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin atau bantuan-bantuan jin.

Jin-jin ini akan berpindah kepada keterunan yang berikutnya apabila waris yang asal meninggal dunia.

Ini berlaku apabila waris yang mati itu tidak sempat membuang ilmu yang diamalkan atau tidak membebaskan jin-jin yang mendampingnya sebelum waris itu meninggal dunia.

Tanda-tanda Gangguan Jin

Simptom gangguan jin dan sihir adalah banyak dan berbeza di antara pesakit-pesakit dan jenis-jenis gangguan.

Kebanyakan simptom adalah seperti berikut:

1. Sakit anggota badan

a. Sakit pada anggota badan tertentu seperti di tengkuk, kepala, bahu, pinggang, tulang belakang. tulang belikat, sendi-sendi, tangan, kaki, rahim, dada, perut, tapak kaki dan sebagainya.

Sakitnya seperti dicucuk jarum atau bisa atau pun lenguh, atau panas pijar seperti terkena lada. Kadang-kala kepala terasa dicengkam dan leher terasa dicekik.

b. Sakit menyeluruh daripada dua hujung kaki hingga ke kepala, kadang-kadang sakit itu berpindah atau berjalan dari setempat ke setempat, contohnya hari ini sakit di bahagian kaki dan esoknya sakit di bahagian bahu dan lengan.

c. Sakit di bahagian kepala, bisa dan pening. Ada pesakit merasa macam keadaan mabuk dan tak stabil. Berdiri dengan keadaan tidak stabil seolah-olah mabuk laut.

d. Perut kembung tanpa sebab dan diikuti dengan sesak nafas.

2. Gangguan emosi

Gangguan emosi iaitu rasa resah dan gelisah yang berpanjangan, tidak senang duduk atau berdiri, semua yang dilakukan tidak menjadi, rasa malas dan letih badan.

Dada rasa sebak, berdebar-debar, dan rasa sedih atau rasa marah saling berganti tanpa rasa sebab yang jelas.

Dalam istilah perubatan "mood swing". Hati rasa tak tenang dan kadang kala berdebar tanpa sebab.

3. Gangguan pemikiran

Fikiran bercelaru dan berserabut dan tidak fokus atau tidak dapat menumpukan perhatian.

Rasa hilang kawalan diri (lost self confidence) pada waktu-waktu tertentu seperti ketika mesyuarat, atau berada di hadapan orang ramai.

Kadang-kadang pesakit akan merasa mengantuk yang berpanjangan walaupun sudah cukup tidur semalaman.

Keadaan mengantuk ini akan menggangu pesakit terutama apabila pesakit hendak melakukan ibadah seperti solat, mangaji Al-Qur'an atau berzikir.

4. Perasaan cepat marah tanpa sebab yang jelas

Melihat orang lain dengan pandangan yang tidak menyenangkan, seolah-olah dunia ini dirasakan begitu sempit. Pesakit akan merasa semua orang memandangnya dengan pandangan buruk.

5. Pesakit rasa putus asa untuk hidup

Timbul rasa gelisah dan sedih berpanjangan. Tekanan jiwa yang berpanjangan mengakibatkan pesakit itu berada dalam "depression". Ada ketika timbul dorongan untuk membunuh diri.

6. Takut

Perasaan takut atau fobia (phobia) seperti tidak boleh berada di khalayak ramai, tidak boleh menaiki kenderaan seperti kapal terbang atau kereta, atau tidak boleh menaiki lif di banggunan tinggi, tidak boleh bersendirian di dalam rumah atau bilik, takut untuk bersemuka dengan sahabat atau sesiapa sahaja.

7. Gangguan tidur

Tidur tak lena, mimpi-mimpi yang menakutkan dan cemas, terjaga tidur ditengah malam.

8. Gangguan ketika beribadah

Iaitu ketika solat, membaca Al-Qur'an atau berzikir. Pesakit-pesakit kadang kala langsung tidak dapat mengingati doa-doa atau ayat Al-Qur'an yang dihafal.

Kadang-kala pesakit tidak boleh mendengar azan atau bacaan ayat-ayat Al-Qur'an dan apabila mendengar ayat-ayat Al-Qur'an, badan pesakit merasa menggeletar dan timbul perasaan rasa pilu dan sedih.

9. Suka bersendirian

Suka mengelamun dan mengurung diri dalam bilik, tidak peduli makan dan minum, pakaian dan kebersihan diri.

Pesakit selalu bercakap besendirian atau kelihatan bercakap dengan seseorang. Pada masa tertentu pesakit akan menjadi agresif dan berkelakuan ganas. Tabiat asalnya berubah.

Apabila ditanya sesuatu terutamanya berkenaan dirinya, ia kelihatan terperanjat, seolah-olah baru bangun dari tidur, atau pun baru sedar dari mengelamun.

Ketika ini pesakit mungkin kelihatan kembali normal, tetapi kembali kepada keadaan asal tidal lama selepas itu atau selepas ditinggalkan bersendirian.

10. Suara misteri

Terdengar suara memanggil nama atau memberi salam. Ternampak bayangan atau imbasan bentuk lembaga seketika sahaja.

11. Perkara ganjil

Berlaku kejadian-kejadian ganjil seperti bunyi suis lampu dinyalakan, paip air dibuka, bunyi tingkap atau pintu rumah dibuka atau ditutup, bunyi orang berlari atau berjalan didalam rumah siang hari atau waktu malam, bunyi orang naik tangga rumah dan sebagainya.

12. Bau

Terhidu bau yang tidak tahu dari mana punca seperti bau sampah, bangkai, darah, bau kemenyan atau bau wangi. Bau ini hanya dapat dihidu oleh pesakit atau orang-orang tertentu sahaja.

13. Pesakit dirasuk

Di sini jin atau syaitan, iblis akan menguasai pemikiran dan diri pesakit atau jin itu akan meresap kedalam diri pesakit.

Bila dirasuk, pesakit mengeluarkan suara yang lain daripada yang asal, dan berbicara dengan bahasa yang tidak diketahui oleh tuan punya badan.

Pesakit akan jadi agresif dan melawan sesiapa yang ada didepannya dan apabila sedar, pesakit tidak tahu apa yang telah berlaku keatas dirinya.

14. Reaksi luarbiasa

Reaksi atau tindak balas anggota badan pesakit apabila terkena gangguan jin atau sihir atau apabila dirasuk.

Di antara reaksinya ialah perjalanan darah menjadi lebih kencang atau menjadi tidak normal atau tekanan darah naik tanpa sebab, menggeletar kedua-dua belah tangan atau jari-jari, memejamkan mata bersangatan, menjerit atau menjadi marah, menangis, sayu, ketawa atau mengilai, mengadu sakit, menguap berulang kali, sendawa, atau mengeluarkan angin dari mulut seperti hendak muntah, terasa sesuatu yang berjalan didalam tubuh dan sakit bahagian perut atau rahim.

15. Gangguan nafsu

Gangguan jin dan sihir juga boleh melemahkan atau memerangsangkan gelora nafsu dan tenaga batin seseorang.

Ramai dikalangan suami isteri yang dikenakan sihir atas tujuan meruntuhkan rumah tangga mereka.

Kadang kala apabila gelora nafsu di rangsang oleh makhluk halus ini, menyebabkan seseorang itu terdorong melakukan kejahatan di luar ikhtiar diri, seperti berzina dan sebagainya.

16. Bayi kecil yang mengalami sawan tangis

Sakit sawan tangis ini berpunca dari gangguan makhluk halus yang menyebabkan sakit di bahagian perut bayi.

Kebiasaannya bayi akan mengalami kembung perut (colic pain) dan sakit yang teramat sangat.

Selepas dirawati dengan mengeluarkan makhluk halus dari badan bayi tersebut, perut kembung akan pulih seperti sediakala.

17. Penderitaan dan halangan

Selain dari penderitaan fizikal tubuh badan seperti yang telah dijelaskan, gangguan jin dan sihir boleh menyebabkan pelbagai masalah di luar jangkaan, seperti perkerjaan atau perniagan yang tidak menjadi.

Kedai makanan yang tidak dimasuki pelanggan, rasa benci atau tidak suka pergi ke tempat kerja, anak-anak yang rajin belajar tiba-tiba menjadi malas dan tak berminat untuk pergi bersekolah dan seterusnya berhenti bersekolah.

Semua usaha mencari rezeki terhalang. Ketika hendak berkerja, ada sahaja yang menghalang. Fikiran rasa sempit dan binggung dan tidak tahu menjalankan tugas.

Tidak disenangi oleh kawan-kawan di tempat kerja manakala pegawai atasannya sering mencari-cari kesalahan.

Sihir juga boleh menyebabkan hidup terpulau, dibenci oleh keluarga, ipar duai, mertua, adik beradik dan suami isteri.

Wallahu a'lam.

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2017/11/6-punca-gangguan-jin-dan-tanda-tandanya.html#ixzz5mdYxGj8t