Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan jin?
Gangguan jin adalah satu keadaan di mana jin telah berjaya masuk ke dalam tubuh badan seorang manusia dengan tujuan untuk memberikan mudharat kepada manusia tersebut.
Ada beberapa sebab jin masuk ke dalam badan manusia dan mengganggu mereka. Dan ianya bolehlah dibahagikan kepada dua pecahan di bawah:
1. Faktor jin
- jin telah jatuh cinta kepada manusia
- jin mahu bersahabat dengan manusia kerana status manusia itu (memiliki ilmu batin atau saka)
- dengki dengan manusia yang taat kepada agama.
- berdendam kerana ada ahli keluarga jin dibunuh oleh manusia secara sengaja atau tidak sengaja. Contoh mudah adalah membunuh ular yang sebenarnya jelmaan jin.
2. Faktor manusia
- menuangkan air panas ke dalam mangkuk tandas atau lubang yang didiami oleh jin.
- mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
- bersama dengan isteri tanpa menyebut nama Allah.
- perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
- tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
- tukang sihir atau bomoh
- dengki dan khianat dengan orang lain – punca utama seseorang melakukan sihir ke atas orang lain.
- Tidak mengawal emosi seperti sentiasa marah-marah, terlalu takut, nafsu syahwat yang tinggi, lalai dan berniat jahat.
- pengamal sihir atau amalan-amalan persilatan yang menggunakan perantara jin.
- anak cucu yang menerima saka.
Sekarang anda sudah pun mengetahui apakah punca yang menyebabkan gangguan jin ke atas manusia. Sekarang timbul pula persoalan bagaimana untuk mengelakkan dari gangguan jin.
Di sini saya kongsikan dengan anda beberapa cara yang boleh anda lakukan sebagai usaha untuk mengelakkan gangguan jin.
1) Membaca Bismillah Sebelum Masuk Rumah Dan Sebelum Makan
Jabir Radhiallallahu Anhu berkata: Saya telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Apabila seorang masuk ke dalam rumahnya dengan menyebut ‘Bismillah’ ketika masuk (ke dalam rumah) dan ketika makan, maka syaitan berkata kepada temannya: Tiada tempat tinggal dan tiada bahagian makanan bagi kamu di sini.“ Dan bila masuk tiada menyebut nama Allah, syaitan berkata: “Kamu dapat bermalam di rumah ini, kemudian jika waktu makan tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata: Kamu dapat bermalam dan makan di sini”.(Hadis riwayat Muslim)
2) Membaca Bismillah Sebelum Menutup Pintu Rumah dan Menutup Bekas MinumanRumah yang dibaca Bismillah sebelum ditutup pintu tidak dimasuki syaitan, dan terhindar dari gangguan jin (walaupun syaitan boleh masuk melalui lubang, ia tidak akan masuk). Begitu juga minuman yang ditutup dan dibaca Bismillah.
Kuncilah pintu dan sebut nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang berkunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah.(Hadis Riwayat Muslim)
3) Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur
Dalam kisah Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dengan syaitan yang mencuri harta zakat, disebutkan bahawa syaitan tersebut berkata,“Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimah yang Allah memberimu manfaat dengannya. Bila engkau masuk ke tempat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga daripada Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam, beliau berkata, “Sungguh dia telah berkata benar, walaupun dia sebenarnya banyak berdusta.” (HR. al-Bukhari no. 2187)
4) Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas selepas solat untuk menolak sihir.
Daripada ‘Uqbah bin Amir,dia berkata: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) di belakang setiap solat(fardu/wajib).”
Teknik Merawat Gangguan Jin Dengan Kasturi
Tahukah anda bahawa jin-jin yang mengganggu manusia ini terdiri dari golongan jin-jin yang jahat (kafir,munafik,fasik)?
Dan satu kelemahan jin-jin ini ialah mereka sangat alah dan membenci bau yang wangi. Sebab itulah apabila kita masuk ke dalam tandas, Nabi mengajar kita agar membaca doa perlindungan di bawah:
“Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas. Baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 139]
Bau dan tempat yang kotor dan busuk sangat sesuai dengan fitrah dan naluri jin. Oleh kerana itulah salah satu teknik merawatgangguan jin yang sangat berkesan dan praktikal, terutamanya untuk gangguan sihir, saka dan jin asyiq ialah dengan mengamalkan memakai wangian kasturi.
Sumber: https://rahsiakasturi.com/bagaimana-merawat-gangguan-jin/
Assalamualaikum. saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga/sihir wali dibadan pesakit. Pesakit dikunci satubadan, menyebabkan pesakit diserang tidak mengira masa. Jika tuan dan puan tahu di mana tempat rawatan yang berkesan tolong mesej nombor telefon tempat rawatan kepada saya.
ReplyDelete-Jalan Lemal.kelantan
Semoga Allah membalas kebaikkan tuan puan dengan kebaikkan yang banyak.Amin.
email : tubuhsatu@gmail.com