APA ITU HISTERIA?
Menurut sudut pandangan pakar perubatan, histeria ialah satu
istilah dimana beberapa gejala psikologi seperti berhalusinasi, kehilangan akal
fikiran dan kelakuan emosi yang diluar pengawasan diri
Histeria adalah gangguan mental yang berpunca daripada kebimbangan
yang melampau. Pesakit kehilangan kawalan ke atas tindakan, emosi dan ia
biasanya disertai dengan sawan secara tiba-tiba dan seterusnya tidak sedarkan
diri.
Mengikut sejarah, histeria berasal dari perkataan Greek
hystron yang bermaksud rahim. Osler pakar psikiatri yang terkenal mentakrifkan
histeria sebagai “suatu gangguan kepada wanita muda, di mana ianya mengganggu
emosi serta mengawal badan dan membawa kepada gangguan mental, deria dan fungsi
secretory.”
SIMPTOM HISTERIA
- Kekejangan
yang teruk dan berat pada anggota badan.
- Tekanan
dan sakit kepala
- Gigi
terkancing
- Bengkak
leher
- Rasa
sesuatu di dalam tekak
- Tertawa
atau menangis tanpa sebab
Dalam psikologi dan psikiatri moden, histeria adalah ciri gangguan
di mana pesakit mengalami gejala fizikal yang melibatkan psikologi, bukan
organik, sebab dan gangguan keperibadian dimana seseorang akan beremosi secara
berlebihan, dramatik, dan tingkah laku bagi meraih perhatian orang.
HISTERIA-
KENA RASUK ATAU MENTAL?
Selalunya bila sebut pasal histeria, sudah tentu kita akan kaitkan
dengan kewujudan makhluk halus dan alam-alam ghaib.
Yang dimaksudkan dengan makhluk halus tu ialah makhluk yang dicipta
oleh Allah SWT tanpa berjisim, yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh
mata atau dirasa dengan tangan. Mereka hidup di alamnya iaitu alam ghaib dan
asal kejadiannya daripada api yang tidak berasap.
“Jin terdiri dari tiga golongan: Golongan yang bersayap terbang di
udara, golongan yang berupa ular serta anjing dan golongan yang menetap dan
berpindah randah.” – Dr Mahyuddin Ismail dipetik dari mahyuddin09.blogspot.my
Menurut Mufti Selangor pulak, kalau takut sangat pun tak boleh
jugak sebab akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak.
SUMBER:https://siakapkeli.my/2018/07/11/histeria-sejenis-penyakit-mental-atau-berkaitan-ilmu-hitam/
No comments:
Post a Comment