Khidmat Komuniti di Pusat Perubatan Qalam Laduni
Pada 20 April 2019, kami telah berpeluang untuk menyertai khidmat komuniti di Pusat Perubatan Qalam Laduni. Aktiviti dimulakan pada jam 10 pagi iaitu dengan mengadakan perbincangan dua hala diantara pelajar bersama dengan Ustaz Syeikh. Pusat Perubatan Qalam Laduni menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan rawatan menggunakan gabungan tiga elemen iaitu Islam, tradisional dan moden. Kaedah yang diasaskan oleh Ustaz Sheikh adalah hasil kajian beliau bersumberkan Al-Quran. Kami telah didedahkan dengan cara rawatan urutan yang biasa dilakukan Ustaz kepada pesakit. Kami juga telah berpeluang melawat wad yang menempatkan kira kira 20 orang pesakit lelaki dan perempuan yang kebanyakannya merupakan warga emas yang mengalami strok dan tidak mampu bergerak sendiri. Pesakit ini akan meneriwa rawatan dengan cara terapi yang dibantu oleh kakitangan di pusat ini pada setiap hari. Hasil daripada temubual dengan salah seorang pesakit wanita, beliau berkongsi cerita tentang penyakit strok yang telah beliau hadapi selama hampir 3 tahun . Hasil rawatan dan terapi di pusat ini memberikan kesan yang positif kepada beliau kerana pada awalnya beliau hanya mampu terlantar di atas katil. Namun, kini keadaanya semakin baik dan mempunyai banyak perubahan sehinggakan beliau kini mampu untuk duduk. Aktiviti khidmat komuniti berakhir pada jam 12.45 tengahari.
No comments:
Post a Comment