Satu soalan yang mudah tetapi ramai yang keliru. Bagi makhluk yang berakal, Allah s.w.t hanya
mencipta jin, manusia dan malaikat. Bapa
kepada manusia adalah Nabi Adam a.s dan bapa kepada jin adalah Jan. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t
Surah Ar-Rahman ayat 15 :Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin
) dari nyalaan api ( Pucuk api yang
menyala-nyala atau Maarij ).
Malah jin telah diciptakan dahulu sebelum diciptakan manusia
seperti yang telah dijelaskan dalam Surah Al-Hijr ayat 26 hingga 27, yang
bermaksud : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah
liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan
Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat
panas." Sebab itulah jin telah
terlebih dahulu menghuni bumi sebelum manusia.
Iblis juga adalah dari keturunan jin yang bernama Azazil. “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada
para malaikat: ‘Sujudlah kamu kepada Adam’, maka sujudlah mereka kecuali Iblis.
Dia adalah dari golongan jin…” (Al-Kahfi: 50)
Azazil merupakan ketua para malaikat di langit dan mengajar para
malaikat. Ia digelar iblis, yang
dilaknat, setelah engkar untuk sujud kepada Nabi Adam a.s lalu Allah SWT
murka. Hakikat penciptaan iblis yang
dicipta dari api sama seperti jin ini disebut dalam al-quran iaitu dalam Surah
Al-‘Araf ayat 12 :Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis )
dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.Bermakna yang Allah
ciptakan hanyalah jin, manusia dan malaikat.
Bagaimana pula dengan syaitan?
Syaitan bukannya makhluk tetapi sebaliknya adalah sifat. Sama seperti apabila kita menyebut perkataan
munafik, ia adalah sifat. Syaitan adalah
merujuk kepada sifat kejahatan. Sebab
itulah dalam surah An-Nas kita meminta berlindung dari Allah daripada
syaitan-syaitan di kalangan jin dan manusia.
Maknanya, syaitan ini boleh terdiri daripada jin dan juga manusia.
SUMBER: http://www.tengkuasmadi.com/blog/apa-beza-jin-syaitan-dan-iblis
No comments:
Post a Comment